“KENAPA SUAMI PUNYA MAKANAN LAGI SEDAP EK?”
Tiap kali dating macam ni la. Isteri order sikit suami order banyak. Yang kita ni order banyak sebab.. dah tahu dah mesti kena mintak banyak juga dari isteri 😂 bukan minta sikit! 🤣
Lumrah kehidupan kot.. makanan orang lagi sedap dari makanan sendiri. Padahal isteri yang belanja suami? Macam-macam ragam orang puan ni.. bila disuruh order makan apa sahaja dia kata “IM ON DIET” 🤪
“Bengah ni asyik makan luar je. Isteri tak masak ke?”
Bengah makan luar ni takde la nak makan kenyang pon. Suka tengok isteri makan je. Kesian kat dia penat buat kerja rumah. Bawa keluar berjalan pergi tempat yang sentimental.. Esok hari ulang tahun perkahwinan yang ke-3 tahun. Tadi dah buat ucapan.. 😅 awal sehari pulak. OK la kan dari tak ingat lansung nanti merajuk pula bidadari comel Bengah ni.
Nak jadi romantik ni bukan setakat berikan apa yang kita ada tapi.. apa kenangan yang kita ingat. Iaitu hari istimewa. Hari yang pernah jadi sejarah hidup. Orang puan ni suka ingat hari-hari penting! Terutama.. hari jadi dan hari ulang tahun perkahwinan. Suami sayang isteri dan anak 😘 begitulah kehidupan...
#AbangYangPenyayang
#DahPutihPonPakaiBedak